fbpx

Harimau Malaya dapat duit raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU Mahkota Ismail berkenan berangkat memberikan sokongan kepada pemain Harimau Malaya dan memberi kurniaan duit raya di Padang Seri Gelam, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Barisan pemain, barisan kejurulatihan dan semua staf sokongan skuad Harimau Malaya menerima `durian runtuh’ daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Menurut hantaran laman Facebook Malaysia NT, Pemangku Sultan Johor berkenan memberikan kurniaan duit raya kepada pemain, barisan kejurulatihan dan semua staf sokongan.

“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat memberikan sokongan kepada pemain-pemain skuad kebangsaan kendalian Peter Cklamovski di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam di Johor malam tadi.

“Baginda turut berkenan memberikan kurniaan duit raya kepada pemain, barisan kejurulatihan dan semua staf sokongan. Menjunjung kasih, Tuanku,” kata laman Facebook berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI