fbpx

E-Mutiara gantung tugas pemandu bas memotong di garisan berkembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dashcam yang memaparkan sebuah bas ekspres E-Mutiara yang memotong di garisan berkembar di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kelmarin.

KOTA BHARU – Syarikat bas ekspres, Konsortium E-Mutiara Bhd. (E-Mutiara) menggantung tugas pemandunya selepas dikesan memandu secara berbahaya dengan memotong di kawasan garisan berkembar di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat sini kelmarin.

Pengerusinya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, pihak syarikat akan membuat keputusan lanjut selepas siasatan lanjut berhubung kes tersebut siap sepenuhnya.

Menurutnya, tindakan segera dilakukan oleh pihak pengurusan selepas melihat dan mendapati video tindakan pemandu bas E-Mutiara memotong di garisan berkembar tular di media sosial.

“Pemandu bas itu berusia dalam lingkungan 40-an dan sudah berkhidmat dengan syarikat E-Mutiara sejak lebih setahun lalu.

“Pemandu tersebut sudah membuat rayuan atas kesalahannya itu, namun namun pihak syarikat sudah mengambil tindakan terhadapnya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Che Ibrahim memberitahu, beliau juga sudah menghubungi Ketua Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan agar menggantung atau membatalkan lesen pemandu yang tidak mengikut peraturan sehingga membahayakan nyawa penumpang dan pengguna jalan raya.

Terdahulu, tular satu video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan tindakan pemandu bas ekspres E-Mutiara yang memandu dalam keadaan berbahaya apabila memotong di garisan berkembar.

Keadaan itu menyebabkan ramai yang mengecam tindakan pemandu bas tersebut yang dilihat membahayakan nyawa penumpang dan penggunakan jalan raya lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI