fbpx

Dua senior ditahan kes bunuh anggota tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Muhammad Muqriz - Foto FB Tentera Darat Malaysia

KUCHING – Polis menahan dua anggota tentera berpangkat prebet berhubung kes kematian anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, kedua-dua anggota berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan pada pukul 4.30 petang semalam di Kem Sri Miri dan direman selama tujuh hari sehingga 2 April ini.

“Setakat ini, seramai empat individu sudah diambil keterangan berhubung kes tersebut. Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Mancha meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian anggota tentera tersebut.

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataannya mengesahkan menerima laporan melibatkan kematian Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21 pada 24 Mac lalu.

Laporan awal bedah siasat pada 25 Mac di Hospital Miri mendapati punca kematian anggota tersebut akibat trauma hentakan kuat di dada sehingga menyebabkan kerosakan pada jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI