fbpx

Dalang curi seluar dalam dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kanak-kanak cuba mengambil seluar dalam wanita di sebuah rumah. - YouTube

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki mencuri seluar dalam wanita di sebuah kawasan kejiranan di Indonesia, lapor stesen penyiaran GoTVNews semalam.  

Kejadian berlaku di bandar Tanjung Pinang, wilayah Riau.

Rakaman dimuat naik di laman YouTube memaparkan kanak-kanak itu memecah masuk sebuah rumah sewa melalui pintu belakang untuk mencuri seluar dalam. 

Dia bagaimanapun ditangkap oleh penghuni rumah berkenaan. 

Pihak berkuasa berkata, pencurian itu dilakukan buat kali kedua di rumah yang sama. 

“Semasa disoal siasat, kanak-kanak tersebut mengaku hanya mahu bergurau. 

“Kami telah menghubungi keluarga pelaku untuk menyelesaikan isu itu secara peribadi,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI