fbpx

Buruh Rohingya tak mengaku ‘sentuh’ anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO! ONLINE

SEBERANG PERAI – Seorang buruh etnik Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dan amang seksual terhadap anak perempuannya dua minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 37 tahun itu membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa berusia 15 tahun di rumahnya di Pengkalan Machang, Sungai Dua di sini pada 8 Mac lalu.

Tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada 12 Mac lalu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh diwakili Rafael Abdullah.

Wan Amira Ruzaini membantah jaminan diberikan ke atas tertuduh atas faktor hubungan lelaki itu dengan mangsa selain kedua-dua pertuduhan adalah serius membabitkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Rafael bagaimanapun memohon jaminan diberikan ke atas anak guamnya dan memaklumkan lelaki itu akan tinggal bersama kakak saudaranya di Perai.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM22,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan 9 Mei ini untuk serahan laporan perubatan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI