fbpx

Bersediakah ‘geng single’ dengan soalan bila nak kahwin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Setiap kali musim perayaan, selain menikmati juadah istimewa dan berkumpul bersama keluarga, satu perkara yang sering menghantui golongan bujang adalah soalan “Bila nak kahwin?”

Soalan ini, walaupun mungkin diajukan dengan niat baik, boleh menjadi tekanan bagi sesetengah individu, terutama mereka yang masih mencari pasangan atau memilih untuk fokus pada kerjaya serta kehidupan peribadi terlebih dahulu.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, bagi sesetengah individu, kehadiran Syawal bukan sekadar perayaan yang dinanti-nantikan, tetapi juga ujian emosi untuk melihat sejauh mana ketahanan mental seseorang itu termasuklah buat pasangan berkahwin.

Jelas PHM, antara dua soalan yang paling menguji emosi adalah “Hai, kamu ini bila nak kahwin?” atau “Lama dah berdua, bila nak bertiga?”.

“Justeru, penting untuk kita bina kekuatan mental setiap kali lebaran menjelang. Gurauan dan teguran saudara-mara, jangan cepat disimpan dalam hati. Anggap saja itu cara mereka memulakan bicara.

“Jangan merajuk, jangan bermasam muka, lebih-lebih lagi dengan orang tua. Mungkin ini Syawal terakhir kita bersama mereka,” kata PHM.

Dalam pada itu, satu peringatan daripada PHM buat golongan mak cik dan pak cik untuk menjaga percakapan ketika bersembang dengan saudara mara yang lain.

“Dan buat mak cik, pak cik sekalian elakkan bertanya soalan sensitif yang menyentuh maruah atau luka lama.

“Pegang satu prinsip mudah, Kalau orang tak cerita, kita jangan bertanya,” pesannya.

PHM menegaskan, demi kesihatan mental semua, biarlah sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba menjadi ruang indah bukan menambah beban perasaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI