fbpx

Beli Boeing sudah dirancang lama, bukan ambil hati Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Kamil (tengah) bergambar pada Majlis Iftar Perdana dan Penyerahan Sumbangan Kasih Madani Aidilfitri Parlimen Padang Rengas di Arena Square Masjid Al-Hadhari, Padang Rengas semalam. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

PADANG RENGAS – Keputusan Malaysia Airlines (MAS) membeli 30 buah pesawat Boeing sudah dirancang lama, bukannya langkah terdesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Bekas Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan perkara itu yang dibangkitkan oleh Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai adalah sesuatu yang tidak cerdik.

“Saya baru balik dari AS dan menjadi duta dua tahun di sana. Saya hendak beritahu hasrat membeli pesawat Boeing ini sejak dua tahun lalu. Beli pesawat bukan semudah beli lembu. Ia memerlukan rundingan dan memakan masa. Sekarang baru muktamad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Iftar Perdana dan serahan sumbangan Kasih Madani Aidilfitri peringkat Parlimen Padang Rengas di sini semalam yang turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Dominic semalam mempersoalkan adakah keputusan MAS membeli pesawat keluaran AS itu merupakan strategi pemodenan jangka panjang atau langkah bagi memudahkan Anwar berhubung dengan Trump.

Sementara itu Muhammad Kamil juga menolak dakwaan tersebut dan berkata pembelian pesawat Boeing bukan kali pertama dilakukan oleh MAS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI