TOKYO – Seorang bekas petinju Jepun diberikan ganti rugi 217 juta yen (RM6.4 juta) selepas dia tersilap disabitkan kesalahan membunuh serta dipenjarakan selama 47 tahun dan tujuh bulan, lapor laman berita MSNews hari ini.
Iwao Hakamata, 89, didapati tidak bersalah dalam perbicaraan semula pada Oktober 2024.
Pada 1966, Hakamata didakwa dengan rompakan dan pembunuhan empat keluarga.
Dia didapati bersalah membunuh pengarah urusan syarikat dia bekerja, isteri dan dua anak mangsa.
Hakamata dijatuhi hukuman mati pada tahun 1968 dan merupakan banduan hukuman mati paling lama di dunia.
Menurut pasukan pembela, pampasan itu adalah yang terbesar pernah dibayar dalam kes jenayah di Jepun. – AGENSI