fbpx

Bekas calon PN tak mengaku guna gelaran Datuk palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chuan Jin (gambar) tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO! ONLINE

SEBERANG PERAI – Bekas calon parti Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Jermal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 2023 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran Datuk palsu, empat tahun lalu.

Tertuduh, Ong Chuan Jin,63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) didakwa mempamerkan gelaran darjah kebesaran negeri Pahang di bahagian depan dan belakang kad namanya sedangkan tiada sebarang darjah kebesaran dan pingat dianugerahkan terhadapnya.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3 (1)(d) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 [Enakmen No. 18 Tahun 2017] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3(3) enakmen sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 namun tertuduh yang diwakili peguam, Ong Chin Wen merayu agar jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 April untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI