fbpx

Anna tak risau soalan cepu emas raya ‘bila nak kahwin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA JOBLING sudah 10 tahun tidak menjamah makanan berasaskan daging. – Muhammad Naim Hilmi Hafidzi

JIKA ramai antara kita yang memilih juadah raya seperti rendang, serunding dan banyak lagi lauk-pauk berasaskan daging atau ayam, lain pula dengan pelakon popular, Anna Jobling.

Si jelitawan ini memilih nasi impit dan kuah kacang sebagai hidangan kegemarannya pada hari lebaran kerana sudah lebih 10 tahun tidak menjamah menu berdaging.

Menurut Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abd. Rahman Jobling, 25, sebagai seorang pencinta haiwan, dia memilih untuk tidak memakan daging sejak menonton video memproses haiwan beberapa tahun lalu.

“Sebagai pencinta haiwan saya jadi tak sampai hati lepas tertengok video-video bagaimana haiwan-haiwan tersebut diuruskan dan diproses. Saya sampai menangis kalau tertengok.

“Sejak dari itu, saya memang tak boleh makan daging atau ayam. Lagipun sebelum ini kalau saya makan, saya akan rasa sakit perut. Kuah sup yang mengandungi ayam atau daging pun saya tak boleh makan.

“Jadi saya memilih untuk memakan sayur sayuran dan sekali sekala saya akan makan makanan laut atau ikan salmon untuk sumber protein,” katanya.

Kongsi pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu lagi, dia pernah dikecam gara-gara tidak makan daging.

“Saya pernah dikecam sebab tak makan daging dan ayam. Saya hormati semua orang jadi saya harap orang juga hormat dengan selera saya. Janganlah kecam saya,” ujarnya.

Bercerita tentang sambutan hari raya Aidilfitiri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Anna yang merupakan anak tunggal ini sudah terbiasa menyambut raya dengan serba sederhana.

“Keluarga saya tidak besar jadi saya sudah terbiasa dengan sambutan yang sederhana. Kalau terlampau meriah saya sendiri mungkin tak tahu macam mana nak kawal situasi itu.

“Saya juga bersyukur kerana saudara mara tidak pernah bertanya soalan bila nak kahwin setiap kali berkumpul bersama. Selalunya mereka akan bertanya soal kerjaya saya sahaja.

“Selebihnya mereka akan minta untuk bergambar atau buat video. Jadi saya akan layan sahaja permintaan mereka,” kongsinya yang akan beraya di Melaka.

Beralih ke soal kerjaya seni, Anna baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem seram di negara jiran bersama pelakon hebat seperti Luna Maya, Baim Wong, Reza Rahadian dan Christine Hakim. Tahun ini juga Anna bakal muncul dengan filem Duyung selain akan masuk set penggambaran drama terbaharu selepas raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI