fbpx

Anggota tentera maut akibat hentakan kuat pada dada, jantung rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kematian seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri, Sarawak adalah akibat trauma tumpul pada dada (Blunt Trauma To The Chest (Contusio Cordis).

Menerusi satu kenyataan, Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia berkata, mangsa iaitu Prebet Muhammad Muqriz Aseri, berusia 21 tahun meninggal dunia selepas hentakan kuat di bahagian dada menyebabkan kerosakan pada jantung.

Jelas kenyataan itu, siasatan awal yang dilaksanakan oleh pasukan mendapati terdapat unsur ‘manhandling’ yang dipercayai penyebab kematian Allahyarham.

“Justeru, TDM telah menyerahkan kes ini kepada pihakPolis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut dan turut menubuhkan Lembaga Siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca dan faktor yang menyumbang kepada insiden ini.

“Jenazah telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dan telah selamat dikebumikan pada malam tadi di Tanah Perkuburan Masjid Al-Islamiah, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor pada jam 11.55 malam,”kata kenyataan itu.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan memandang serius kejadian ini dan pastikan TDM memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, ia bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota yang terlibat dan didapati bersalah di dalam insiden ini.

“TDM juga berharap orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

“PTD turut berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka bertabah dengan kehilangan ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI