fbpx

Aksi England masih belum sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMES (kiri) menjaringkan gol menerusi sepakan percuma menarik menewaskan Latvia awal pagi semalam. - AFP

LONDON – England terus menampilkan aksi sempurna di bawah kendalian Thomas Tuchel apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Latvia 3-0 pada aksi Kumpulan K kelayakan Piala Dunia 2026.

Pada perlawanan berlangsung di Wembley awal pagi semalam, The Three Lions memastikan tiga mata dalam genggaman menerusi jaringan dilakukan Reece James, Harry Kane dan Eberechi Eze.

Walaupun mencatat kemenangan, namun Tuchel masih belum berpuas hati dengan corak permainan ditampilkan anak-anak buahnya yang dilihat bergelut untuk membenam pasukan di tangga ke-140 dunia itu.

“Kami mencatat keputusan yang sangat baik selain mencipta banyak peluang daripada situasi bola mati. Mungkin kami memerlukan sepakan percuma untuk menembusi benteng pertahanan mereka tetapi ia sudah cukup baik.

“Bagaimanapun, saya sedikit hairan apabila kami memperlahankan tempo permainan untuk beberapa ketika. Ia sepatutnya tidak berlaku kerana bagaimana mahu bermain jika tidak ada pergerakan dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji aksi ditampilkan James sepanjang perlawanan tersebut, lebih-lebih lagi kapten Chelsea itu menjaringkan gol pendahuluan menerusi sepakan percuma cukup menarik.

“Saya kenal Reece (James) dan tahu kualiti yang dimilikinya. Dia berada dalam kondisi cukup baik ketika ini tanpa sebarang kecederaan, jadi dia memang layak untuk berasa gembira dan bangga,” ujar Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI