fbpx

248 stesen minyak di Kelantan dibuka pada 1 Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Sebanyak 248 stesen minyak di Kelantan termasuk di kawasan sempadan dibuka seperti biasa pada 1 Syawal ini bagi memenuhi keperluan pengguna termasuk perantau yang pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, kesemua premis itu akan beroperasi sehingga pukul 1 pagi dan hanya beberapa stesen minyak memohon sedikit kelewatan pembukaan premis.

“Selain itu, ada beberapa premis memohon untuk melanjutkan tempoh perniagaan. Permohonan yang diterima itu sudah diluluskan. Anggota KPDN akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi,” katanya kepada pemberita pada majlis Iftar Ramadan di Pejabat KPDN di sini hari ini.

Azman berkata, KPDN Kelantan turut menerima permohonan tambahan kuota minyak petrol dan diesel dari beberapa stesen minyak termasuk di kawasan sempadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI