fbpx

2 jet aerobatik bertembung di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua jet Alpha bertembung di udara ketika melakukan aksi aerobatik di timur Perancis. - X

PARIS – Dua jet milik Tentera Udara Perancis bertembung di udara ketika melakukan latihan persembahan aerobatik dekat sebuah pangkalan udara di Saint-Dizier, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.40 petang (waktu tempatan) semalam, melibatkan unit demonstrasi aerobatik Tentera Udara Perancis, Patrouille de France.

Kedua-dua juruterbang dan seorang penumpang sempat keluar dari pesawat menggunakan kerusi anjal.  

Menteri Angkatan Tentera, Sebastien Lecornu berkata, nahas itu melibatkan dua jet Alpha daripada tujuh yang mengambil bahagian.

Rakaman video dimuat naik di media sosial memaparkan tujuh jet Alpha sedang melakukan aksi aerobatik sambil melepaskan asap putih, merah dan biru mengikut warna bendera Perancis. 

Sebuah jet kemudian dilihat menghampiri pesawat di hadapannya sebelum bertembung dan terjunam.

Salah satu pesawat terhempas ke dalam silo, manakala sebuah lagi mendarat di terusan.

Seorang juruterbang dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI