fbpx

1,175 projek sekolah daif diluluskan bernilai lebih RM12.47 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan sebanyak 1,175 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif dengan melibatkan kos keseluruhan bernilai lebih RM12.47 bilion.

KPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya proaktif memastikan isu sekolah daif ditangani segera menerusi pelaksanaan inisiatif projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara.

“Sebanyak 1,175 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah diluluskan
pembinaannya dengan kos keseluruhan bernilai lebih RM12.47 bilion.

“Sehingga bulan Mac, sebanyak 739 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya, merangkumi 258 projek di Sarawak, 229 projek di Sabah dan 252 projek di negeri Semenanjung Malaysia,” katanya hari ini.

KPM berkata, sebanyak 203 projek sedang dalam pembinaan manakala 233 projek lagi berada pada peringkat prabina.

“Pada tahun 2025, kerajaan telah meluluskan pembinaan sebanyak 122 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif baharu di seluruh negara.

“Ia adalah merupakan jumlah kelulusan tertinggi dalam tempoh lima tahun terakhir.

KPM sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan terbaik dapat disediakan demi manfaat murid dan seluruh masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI