fbpx

10 jam terperangkap banjir tanpa bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORLIA (tiga dari kiri) gembira menerima sumbangan barangan keperluan untuk persiapan menyambut Aidilfitri di Pasaraya Econsave Taman Daya, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita, Norlia Abdul Rashid, 29, berkongsi detik cemas semasa terperangkap di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara di sini akibat banjir minggu lalu.

Norlia berkata, dia dan ahli keluarganya terpaksa berkongsi roti untuk mengisi perut ketika waktu berbuka puasa dalam keadaan gelap kerana bekalan elektrik terputus lebih 10 jam.

“Saya cemas apabila terperangkap akibat banjir. Kita tidak tahu berapa lama akan terperangkap. Saya tidak dapat bancuh susu anak dan terpaksa pujuk anak-anak tidur dalam keadaan panas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, pihaknya menyalurkan bantuan segera RM300 dan bantuan bulanan persekolahan RM1,000 kepada keluarga tersebut.

Pengurus Besar Pasar raya Econsave, Mas Imran Adam pula berkata, keluarga berkenaan menerima baucar membeli-belah bernilai RM1,000. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI