PETALING JAYA – Seorang anak muda menarik perhatian ramai apabila berjaya mencipta mesin untuk memudahkan kerja-kerja membakar lemang.
Menerusi video berdurasi 43 saat yang dikongsi @Badcarbob di TikTok, inovasi tersebut mampu membakar lemang secara sekata selain mampu mengurangkan tenaga manusia.
Menurut Mohamad Badrul Amin, alatan itu boleh membakar sebanyak 63 batang lemang untuk sekali masak dalam tempoh tiga ke empat jam.
Selain itu, dengan adanya alatan ini, ia memudahkan pemiliknya untuk membakar lemang dalam jumlah yang besar.
Video tersebut meraih pujian ramai kerana inovasi itu mengetengahkan bakat tempatan selain disifatkan kreatif.
“Boleh buat projek (projek tahun akhir) degree (ijazah),” @Jmiedot.
“Kreatiffff,” puji @Naikhalik_my.
“Mantap anak Melayu,” kata Iam_rendangdaging. – KOSMO! ONLINE
@badcarbon Lemang padu Tanjong piandang mula operasi dah 🥰 #bismillahirrahmanirrahim #lemang #padu #fyp ♬ Raya Raya Raya – DOLLA