PETALING JAYA – Seorang wanita yang berkongsi keunikan melalui Melody Road di Gunung Fuji di Jepun apabila laluan itu boleh menghasilkan bunyi yang unik mengikut kelajuan kenderaan.
Menerusi video berdurasi 2 minit di aplikasi TikTok @aaidanazwa menyaksikan sesiapa yang melaluinya akan mendengar alunan muzik yang terhasil daripada bentuk dan struktur jalan.
“Situasi akan lebih menyeramkan jika waktu malam disebabkan melodi yang terhasil dan kawasan hutan disebelah kiri dan kanan bahu jalan.
“Setiap kenderaan yang melaluinya perlu mengikut tahap kelajuan yang telah ditetapkan jika ingin mendengar alunan melodi itu,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen juga bersetuju dan berkongsi pengalaman mereka semasa melintasi kawasan tersebut.
“Masa pergi ke sini saya tak jangka bahawa situ adalah kawasan hutan. Jangan buka tingkap, hanya jalan sahaja sebab walaupun hanya berada dalam kereta, saya sudah merasa seram,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@aaidanazwaNi kalau malam double seram 😂🤣