fbpx

[VIDEO] Penyamun guna gerudi pecah tabung surau lepas Subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar dalam video tular menunjukkan seorang lelaki berjaket dan bertopi keledar mengumpil tabung sebuab surau di Mambau di sini.

SEREMBAN – Walaupun di bulan Ramadan, seorang lelaki sanggup memecah masuk dan memgumpil sebelum melarikan wang tabung sebuah surau di Mambau di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian pukul 7.15 pagi, Sabtu lalu, pihaknya menerima laporan daripada bilal masjid mengatakan tabung surau telah diumpil.

“Semakan pada rakaman televisyen itar tertutup (CCTV) menunjukkan kehadiran seorang lelaki tidak dikenal pasti memakai topi keledar dan jaket berwarna gelap dari arah belakang surau.

“Suspek dipercayai memasuki surau dengan memotong kunci pada pintu jeriji dengan menggunakan gerudi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian mengumpil kunci tabung yang tidak bermangga dan memasukkan wang kutipan derma ke dalam sebuah beg.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 5 minit 41 saat memaparkan seorang lelaki mengumpil tabung sebuah surau di Mambau di sini.

Penduduk mendakwa suspek yang menaiki motosikal berkuasa tinggi dan kenderaan jenis Proton X50 mengambil masa 30 minit untuk memecahkan tabung itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI