fbpx

[VIDEO] Dua jeti ikan, sebuah rumah musnah kebakaran Sekinchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa tangkap layar menyaksikan jeti nelayan di kawasan tersebut hangus terbakar.

SABAK BERNAM – Dua jeti nelayan dan sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Jeti Achok, Lorong 11, Sekinchan di sini hari ini.

Kebakaran tersebut turut menyebabkan sebuah van dan kereta terbakar. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 8.57 pagi dengan seramai 17 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi pemadaman.

Katanya, ini melibatkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan, Tanjong Karang dan Sungai Besar bersama empat jentera.

“Kebakaran melibatkan deretan jeti ikan setinggan dan sebuah rumah dan api berjaya dikawal kira-kira pukul 10.04 pagi.

“Turut terbakar sebuah van sebanyak 95 peratus dan sebuah kereta Perodua Myvi pada lima peratus musnah,” katanya hari ini.

Terdahulu, kebakaran tersebut tular di media sosial menerusi beberapa video memaparkan keadaan cemas di sekitar lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI