fbpx

Trump akan hukum negara berani import minyak Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump bercakap semasa mesyuarat kabinet di White House di Washington, DC kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump akan mengenakan tarif 25 peratus terhadap negara yang membeli minyak dari Venezuela bermula 2 April ini, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin. 

Trump berkata, langkah itu bertujuan menghukum Venezuela ‘atas pelbagai sebab’ termasuk dakwaan bahawa Caracas ‘secara rahsia menghantar puluhan ribu pendatang tanpa izin (PATI) ke Amerika Syarikat (AS).

Ancaman terbarunya terhadap Venezuela dijangka meningkatkan tekanan kepada pembeli minyak semasa termasuk China, India dan Sepanyol supaya mengurangkan urusniaga dengan Caracas. 

Dalam kenyataan berasingan Trump turut berkata, beliau akan meringankan cadangan tarif ke atas barangan yang diimport dari negara lain dan memberikan pengecualian kepada banyak negara.

Pasaran saham ditutup lebih tinggi selepas komen tersebut sekali gus mengesahkan Trump akan mengecilkan cukai import yang akan diumumkan pada 2 April ini.

Sebelum ini, Trump berkata, dia mahu mengenakan tarif ‘timbal balik’ ke atas seluruh dunia berdasarkan prinsip ‘mereka kenakan kami, kami juga kenakan mereka’.

Beliau kemudian berkata, White House berkemungkinan ‘lebih baik daripada itu’. 

“Saya tidak fikir mereka (negara-negara lain) boleh menerima jika kami mengenakan tarif yang begitu tinggi,” kata Trump sambil mengakui, beberapa negara mungkin terlepas dari perintah itu. 

Beliau bagaimanapun akan mengenakan tarif ke atas produk tertentu termasuk kereta, kayu dan cip komputer dengan alasan langkah sedemikian akan membantu merangsang pelaburan di AS.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI