fbpx

Terengganu umum 30 Mac cuti peristiwa Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan Ahad ini iaitu 30 Mac sebagai hari kelepasan am sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkannya menerusi laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Beliau berharap tambahan cuti tersebut dapat dimanfaatkan rakyat Terengganu untuk membuat persediaan raya bersama keluarga tercinta.

Sebelum ini, sebahagian besar pekerja sektor awam dan swasta Terengganu memohon cuti tambahan bagi memudahkan persiapan menyambut Aidilfitri dijangka pada 31 Mac memandangkan 30 Mac iaitu Ahad masih merupakan hari bekerja buat negeri itu.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja juga telah menetapkan tarikh melihat anak bulan Syawal pada petang Ahad ini bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI