fbpx

Tayang paha gebu, Ameera Khan dikecam tak hormat bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ameera Khan sekali lagi dikecam netizen.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial popular, Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila dia berkongsi video berpakaian seksi.

Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, berkongsi videonya bermain dengan seekor kucing sambil berpakaian seksi yang mendedahkan sebagai besar kakinya.

Difahamkan video tersebut bertujuan untuk mempromosikan jenama pakaian mewah yang menjadikan Ameera sebagai model.

Tangkap layar pempengaruh sensasi, Ameera menerusi muat naik sepotong video bermain dengan seekor kucing sambil berpakaian seksi yang mendedahkan sebagai besar kakinya.

Disebabkan itu, ruangan komen hantaran yang dimuat naik dalam Instagram itu dipenuhi dengan komen kecaman dan teguran buatnya.

Rata-rata netizen dilihat kesal dengan tindakan adik kepada Neelofa itu kerana tidak menghormati kesucian bulan Ramadan.

“Allahuakbar. Kenapa sampai macam ni? Bulan puasa ni. Tak reti hormat bulan Ramadan ke?

“Janganlah pakai pakaian yang seksi. Lepas bulan puasa, nak pakai apa pun pakailah,” komen netizen.

Sebelum ini Ameera pernah mencetuskan kontroversi apabila berkongsi momen terlebih mesranya bersama kekasih hati yang merupakan pelakon terkenal dari Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI