fbpx

Suami isteri maut kereta bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Myvi yang remuk akibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Teloi Timur-Kampung Merbau Kudung di Sik petang tadi. - Foto JBPM Kedah

SIK – Sepasang suami isteri maut selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Teloi Timur-Kampung Merbau Kudung, di sini petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Lukman Hakim Mohd Shukri, 23, dan Intan Suraya Zaidi, 24.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.16 petang tadi.

“Sebaik tiba di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan lori 10 tan.

“Terdapat dua mangsa tersepit di dalam Perodua Myvi. Kedua-dua mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mayat kedua-dua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI