fbpx

Stok di Gedung Makanan Selangor dijamin segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Khairil (tengah) beramah mesra bersama pengamal media pada Majlis Iftar PKPS bersama Media, hari ini. Foto oleh Saddam Yusoff/ KOSMO!

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memberi jaminan stok makanan di Gudang Makanan Selangor (GMS) sentiasa segar menerusi pelaksanaan sistem ‘First In, First Out’ (FIFO).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, sistem itu memastikan produk yang terlebih dahulu masuk akan dikeluarkan lebih awal bagi mengelak pembaziran atau kerosakan stok makanan.

“Kami tidak akan membiarkan stok makanan lama tersimpan di GMS sehingga tamat tempoh.

“Menerusi sistem FIFO, stok akan sentiasa diperbaharui dan dijual melalui program Jualan Ehsan Rahmah (JER),” katanya ketika ditemui pada majlis Iftar PKPS bersama media di sini, malam ini.

Sabtu lalu, kerajaan Selangor melancarkan GMS di gudang Tiong Nam Logistics di sini, sebagai inisiatif jaminan bekalan makanan di negeri ini.

Menurut Mohamad Khairil, PKPS kini menyimpan sejuta kilogram daging sejuk beku dan beras sebagai langkah memastikan bekalan makanan mencukupi bagi menghadapi sebarang krisis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI