fbpx

Sorok dadah RM210 juta dalam sofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti (tengah) menunjukkan bungkusan pil dadah jenis Amphetamine pada sidang akhbar hari ini. FOTO:Saddam Yusoff/KOSMO!

KLANG – Misteri dua buah kontena yang berada selama tiga bulan di Pelabuhan Barat akhirnya terbongkar apabila menemui 3.6 juta biji pil Captagon disyaki mengandungi dadah Amphetamine bernilai RM210 juta, baru-baru ini.

Kesemua dadah seberat 626 kilogram (kg) dijumpai dalam pemeriksaan kira-kira pukul 9 malam, 6 Mac lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasan dan Pematuhan), Siti Mang berkata, siasatan mendapati dua kontena yang diikrarkan sebagai perabot telah masuk secara in transit pada akhir tahun lepas dari sebuah negara Asia Barat.

Katanya, berdasarkan Akta Zon Bebas hanya membenarkan sesebuah kontena berada di pelabuhan dalam tempoh empat bulan.

“Penemuan dadah itu hasil pemeriksaan dengan bantuan Anjing Pengesan Dadah (APD) dengan dadah disorokkan di dalam ruangan rahsia 25 sofa yang dijumpai di dalam kontena itu.

“Pecahannya 23 jenis sofa panjang untuk tiga tempat duduk dan dua bagi sofa ‘single’,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam Pulau Indah di sini, hari ini.

Menurut beliau, siasatan turut mendapati kesemua dadah itu akan dieksport semula ke sebuah negara juga di Asia Barat.

Ujarnya, modus operandi itu digunakan bagi mengalihkan perhatian atau mengaburi pihak berkuasa dalam mengesan dadah-dadah itu.

“Siasatan masih dijalankan dalam mengesan semua yang terlibat termasuk orang tengah dalam pengurusan kontena itu.

“Ini adalah kejayaan terbesar rampasan dadah untuk tahun ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI