fbpx

Sawah padi di tengah jalan raya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan orang ramai menanam padi di jalan berlubang. - Instagram

JAKARTA  – Sekumpulan penduduk mengundang perhatian ramai selepas menanam padi di sebatang jalan berlubang-lubang kerana tidak tahan keadaan laluan tersebut, lapor portal berita iNews semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @exploredolan.id memaparkan jalan berlubang sepanjang 10 kilometer itu ditutupi tanaman padi. 

Perbuatan itu dilakukan sebagai protes supaya pihak berkuasa segera menampal lubang dan membaiki jalan yang rosak.

Masih belum jelas lokasi kejadian tersebut di Indonesia. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Seeloknya tanam saja pokok pisang!” kata seorang netizen. 

“Definisi sebenar jalan sebelah sawah padi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI