fbpx

Salam Perantauan 25 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WALAU jauh di mata, dekat di hati. Semoga Aidilfitri kali ini tetap bermakna, disemai dengan kasih sayang dan diwarnai dengan kemaafan. Raya tetap raya walau di perantauan, janji hati tetap gembira dan penuh syukur.

Daripada: Azlan Ibrahim
Lokasi: Osaka, Jepun

 

KAMI ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri buat mama, abah, abang Nifal yang berada di Cameron Highlands dan Tok Aisyah, Pakjang Odi di Bukit Mertajam. Tidak lupa juga kepada Zarif sekeluarga. Salam perantauan dari kami di bumi England. Maaf zahir dan batin.

Daripada : Nurill Hamzah, Nurul Ain Hamzah dan Nurinn Hamzah
Lokasi : England, United Kingdom

 

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Diucapkan kepada ibu bapa, sanak saudara, sahabat, guru-guru, pensyarah serta seluruh rakyat Malaysia. Mohon maaf zahir dan batin jika terdapat salah dan silap dari hujung kaki hingga hujung rambut.

Daripada: Mohd. Mazran Mohd Mazlan
Lokasi: Fes, Maghribi

 

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada keluarga tersayang, tunang tercinta, sanak saudara di Malaysia, serta sahabat sekalian di mana jua anda berada. Walaupun berjauhan, kasih dan rindu tetap mengiringi. Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi silaturahim. Dengan penuh keikhlasan, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan, andai ada tersilap kata, terkasar bahasa atau perbuatan yang tanpa sedar menyinggung perasaan, sama ada disengajakan atau tidak. Maaf zahir dan batin.

Daripada: Mohd. Akmal Mohd. Roslan
Lokasi: SolBridge International School of Business,
Daejeon, Korea Selatan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI