fbpx

Ronaldo penyandang rekod ‘raja kemenangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronaldo dianugerahkan sijil Guinness World Records di Stadium Jose Alvalade kelmarin. - EPA

LISBON – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi memecahkan Guinness World Records untuk kemenangan terbanyak dalam kejohanan bola sepak antarabangsa, lapor portal berita Tribal Football semalam. 

Ronaldo mencatat rekod dunia selepas memperoleh kemenangan ke-132 semasa pasukan Portugal menentang Poland pada November 2024. 

Mereka menewaskan Poland dengan keputusan 5-1.

Pencapaian Ronaldo mengatasi penyandang rekod sebelumnya, Sergio Ramos yang bermain untuk Real Madrid. 

Ronaldo menerima sijil Guinness World Records menjelang perlawanan suku akhir Liga Negara-Negara UEFA yang menyaksikan Portugal menentang Denmark di Stadium Jose Alvalade kelmarin. 

Portugal bagaimanapun kalah 0-1 kepada Denmark selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI