fbpx

Rodtang akui langsung tidak sangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODTANG hanya memerlukan masa kurang dua minit untuk menumbangkan Takeru pada aksi kelmarin. - FB ONE CHAMPIONSHIP

JEPUN – Bintang Muay Thai Thailand, Rodtang Jitmuangnon mengakui dia sendiri terkejut dengan kekuatan tumbukannya selepas berjaya menewaskan jaguh Jepun, Takeru Segawa menerusi knockout (KO) seawal pusingan pertama dalam tempoh 80 saat pada Kejohanan ONE 172 di Saitama Super Arena, Jepun kelmarin.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Rodtang yang lebih dikenali sebagai “The Iron Man” itu mendedahkan dia sememangnya berlatih keras untuk mencari cara menamatkan perlawanan dengan Takeru, tetapi tidak menjangkakan kemenangan akan tiba sepantas itu.

“Saya tidak sangka tumbukan saya begitu kuat hingga mampu menumbangkan Takeru. Sepatutnya pertarungan ini berlangsung lebih lama kerana saya mahu menguji kekuatan dan teknik kami dalam dua pusingan pertama. Tetapi, ia berakhir dengan begitu pantas,” katanya.

Rodtang turut memuji semangat Takeru yang merupakan bekas juara K-1 dan dianggap antara petarung kickboxing terbaik dunia.

Sejak Takeru menyertai ONE Championship, Rodtang mengakui dia sering memerhatikan gaya pertarungan lawannya itu dengan mengkaji kelemahan serta mencari peluang terbaik untuk menjatuhkannya.

Kejayaan itu turut menjadi penebusan buat Rodtang selepas mengalami kekecewaan besar dalam dua perlawanan terdahulu apabila dia gagal dalam timbangan berat badan dan terpaksa melepaskan gelaran ONE Flyweight Muay Thai World Title.

“Saya pernah menangis kerana kehilangan gelaran itu bukan kerana saya kalah dalam pertarungan, tetapi kerana kesilapan sendiri. Itu menyedarkan saya bahawa saya perlu bekerja lebih keras. Saya berjanji untuk bangkit dan malam ini, saya membuktikannya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI