fbpx

Restoran jual ayam separuh RM293

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH restoran menjual daging ayam dengan harga yang tinggi. - Foto Jimu News

BEIJING  – Sebuah restoran di Shanghai mengundang kecaman kerana mengenakan bayaran   480 yuan (RM293) untuk separuh ekor ayam, lapor portal berita MSNews semalam.

Pihak pengurusan restoran berkata, ayam itu ketika hidup,  diberikan minuman susu dan mendengar muzik.

Harga itu mencetuskan perbincangan hangat di internet.

Ramai netizen mempersoalkan kewajaran restoran itu menjual daging ayam pada harga begitu tinggi.

Dalam video mengenainya yang dimuat naik ke platform Douyin, seorang pelanggan dilihat membincangkan harga ayam di restoran itu.

“Adakah anda mengatakan ayam ini dibesarkan dengan susu dan muzik?” kata  seorang lelaki.

Seseorang yang dipercayai kakitangan restoran menjawab, “Bukankah di Qingyuan, ada ayam dijual mahal kerana makan bunga matahari (mempunyai kandungan protein tinggi)?” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI