fbpx

Remaja 19 tahun jatuh dari tingkat 8 kondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja berusia 19 tahun maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat 8 sebuah kondominium di Jalan Vista Mitiara 1, Kepong, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 10.34 pagi tadi.

“Mangsa dipercayai bekerja secara sambilan dengan bapanya sebagai tukang paip dan merupakan penghuni di kediaman tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI