fbpx

Perodua Myvi dinaiki suami isteri hilang kawalan sebelum bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat pasangan suami isteri yang ditutup dengan kain akibat kemalangan di Jalan Kampung Merbau Kudung ke Teloi Timur di Sik pada petang tadi.

SIK – Kemalangan yang mengakibatkan sepasang suami isteri maut dipercayai berlaku selepas Perodua Myvi dinaiki mereka hilang kawalan sebelum bertembung sebuah lori di Jalan Kampung Merbau Kudung ke Teloi Timur, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, pasangan terbabit iaitu pemandu Perodua Myvi, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan Intan Suraya Zaidi, 24, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Lokman Hakim merupakan pekerja sebuah kilang di Kulim, dekat sini manakala isterinya, Intan Suraya adalah merupakan Eksekutif Pemasaran di Keda Resort Bendang Man.

Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Mohd. Azizul Khairi berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika lori membawa muatan batu dalam perjalanan dari arah Batu Lima ke Bukit Selambau, manakala Perodua Myvi dari bertentangan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, semasa lori sedang bergerak lurus, tiba-tiba Perodua Myvi hilang kawalan lalu masuk ke laluan utama kenderaan berat tersebut.

“Lori berkenaan cuba mengelak ke kanan jalan dan Perodua Myvi juga cuba mengelak ke kiri jalan, namun tetap bertembung,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, akibat perlanggaran tersebut, lori hilang kawalan dan terlanggar tebing di bahu kanan jalan dengan pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Tambahnya, keadaan jalan di lokasi kemalangan lurus dan terdapat garisan berkembar di tengah jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI