fbpx

NL: Portugal lakar kebangkitan magis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO berjaya menebus kegagalan sepakan penalti apabila meledak satu gol ketika Portugal berjaya membenam Denmark awal pagi semalam. - AFP

LISBON – Portugal berjaya menggunakan magis mereka pada aksi timbal balik suku akhir Liga Negara-Negara Eropah (NL) apabila menewaskan Denmark 5-2 di Stadium Jose Alvalade awal pagi semalam untuk meraih kemenangan agregat 5-3.

Walaupun turun dengan defisit satu gol hasil kekalahan 0-1 di perlawanan pertama minggu lalu, namun Selecao tampil dengan aksi lebih berbeza, terutamanya beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Jurulatih Portugal, Roberto Martinez memuji aksi ditampilkan barisan pemainnya yang memperagakan corak permainan lebih baik berbanding ketika suku akhir pertama di Denmark minggu lalu.

“Kami menampilkan aksi yang jauh lebih baik berbanding suku akhir pertama sebelum ini. Semua pemain membuktikan bahawa mereka dapat menganalisis perlawanan dengan baik selain bijak mencipta peluang.

“Bukan mudah untuk menjaringkan lima gol tetapi kami memiliki segala kelebihan pada perlawanan hari ini (semalam). Suasana perlawanan juga lebih baik jika dibandingkan dengan aksi di Denmark,” katanya.

Pada perlawanan itu, Portugal menjaringkan lima gol menerusi dua jaringan Francisco Trincao serta masing-masing satu gol Cristiano Ronaldo, Goncalo Ramos serta gol sendiri Joachim Andersen.

“Tidak ada perlawanan mudah dalam kejohanan seperti ini kerana kita dapat lihat Sepanyol dan Perancis pun mara menerusi penentuan sepakan penalti. Kami gunakan kesempatan beraksi di laman sendiri dan ia membuahkan hasil,” ujar Martinez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI