fbpx

Mohd Khairul Adib pemegang saham utama NexG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Khairul Adib

PETALING JAYA – NexG Berhad (NexG) yang dulunya dikenali sebagai Datasonic Group Berhad mengumumkan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman sebagai pemegang saham utama Kumpulan tersebut.

 Menurut pemfailan di Bursa Malaysia, Mohd Khairul kini  memiliki pegangan sebanyak 6.1 peratus dalam NexG selepas memperoleh kepentingan dalam Kuantum Juang Sdn Bhd. 

Manakala pemfailan berasingan di Bursa Malaysia pula menunjukkan bahawa beliau telah memperoleh sebanyak 291,357,750 waran Kumpulan, mewakili 20.9 peratus daripada jumlah waran terbitan NexG. 

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif NexG, Datuk Hanifah Noordin berkata, pihaknya berbesar hati dengan kehadiran Mohd. Khairul Adib kini menjadi pemegang saham utama Kumpulan.

“Keupayaan untuk menarik pelabur utama bertaraf tinggi ini membuktikan kekuatan model perniagaan dan visi kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut beliau, ketika pihaknya melaksanakan pelan transformasi untuk menjadi peneraju dalam pasaran identiti fizikal dan digital serta menyumbang kepada transformasi digital Malaysia, pengalaman kepimpinan luas yang dimiliki Mohd Khairul Adib akan menjadi aset penting kepada Kumpulan. 

“Dengan sokongan pemegang saham dan kepimpinan baharu, kami berada di landasan tepat untuk menjadi rakan strategik dalam projek transformasi digital nasional seperti MyDigital ID dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI