fbpx

‘Majoriti kena ikut hukum, minoriti tunduk undang-undang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pulapol Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak menggunakan Islam yang juga agama Persekutuan untuk menekan mana-mana pihak.

Menurutnya, majoriti yang beragama Islam di negara ini serta minoriti bukan Islam adalah tertakluk kepada hukum dan undang-undang ditetapkan.

“Yang majoriti (beragama Islam) dan Islam sebagai agama persekutuan mesti ikut hukum dan undang-undang. Yang minoriti pun mesti tunduk kepada undang-undang.

“Kita tidak boleh berlaku zalim kepada majoriti mahupun tidak membiarkan kezaliman kepada minoriti. Kita kena pertahankan apa yang disebut nilai Madani ini,” katanya berucap pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 Tahun 2025 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Anwar berkata, justeru dalam isu tanah di Jalan Masjid India, beliau memilih untuk menjelaskan perkara berkenaan dengan memberi mesej jelas kepada Majlis Agama Wilayah Persekutuan, syarikat pembinaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya berbincang dan mencari penyelesaian secara baik.

“Jawatankuasa kuil bincang dengan baik sebab kami (kerajaan) adalah rakan dan sahabat bukan musuh. Jangan gambarkan kami zalim, dan jangan dengar penghasut. Ada Melayu yang beritahu apa salahnya buat masjid di tepi kuil itu.

“Tidak salah, tapi salahnya tanah itu milik syarikat jadi peraturan dia dan kita beri ruang untuk (kuil) pindah dengan baik. Arahan kita konsisten jangan sesekali ganggu dan sulitkan mana-mana mereka,” tegasnya.

Katanya, ada bekas menteri dan timbalan menteri yang mahu menjadi jaguh dalam isu berkenaan.

“Padahal semua kelulusan itu masa mereka berkuasa. Kelulusan pembinaan masjid masa mereka berkuasa, penjualan tanah itu pada 2012 pada mereka berkuasa, bukan pada masa saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI