fbpx

MAHB diserang ‘hacker’ minta AS$10 juta – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pulapol Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, sistem Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) diserang penggodam yang meminta dana sebanyak AS$10 juta.

Menurut beliau, kejadian itu dilaporkan berlaku sehari atau dua hari lalu, namun tidak mengendahkan permintaan penggodam tersebut.

“Semalam kita berbicara tentang serangan siber dan agak berat dalam MAHB satu, dua hari lalu. Perbincangan bagaimana menyelesaikan tuntutan ‘hackers’ (penggodam) untuk peroleh dana AS$10 juta dan sebagainya.

“Saya maklum, alhamdulillah bulan Ramadan. Saya tak tunggu lima saat, saya terus jawab ‘no’ (tidak),” katanya ketika berucap pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 Tahun 2025 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, kerajaan pimpinannya sesekali tidak akan tunduk kepada tuntutan penjenayah dan pengkhianat negara.

“Tak mungkin negara ini akan selamat kalau pimpinan dan sistemnya mengizinkan kita tunduk kepada penjenayah dan pengkhianat dalam atau luar negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI