fbpx

[VIDEO] Lelaki sama cuba kelirukan pekerja kedai tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja kedai tudung nyaris menjadi mangsa pukau pelanggan yang menggunakan helah RM100 untuk membatalkan pembelian

PETALING JAYA – Seorang pekerja sebuah premis perniagaan tudung ‘Kedai Daddy’ nyaris menjadi mangsa scam oleh pelanggan lelaki yang kononnya mahu membeli sehelai tudung dengan menggunakan wang RM100.

Tindakan lelaki itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik di akaun TikTok @Kedai Daddy serta kejadian itu berlaku ketika siaran langsung pemilik premis berkenaan.

“Setelah membuat pembayaran dan pekerja mahu memulangkan bakinya sebanyak RM83, tiba-tiba dia enggan terima dan mahu batalkan pembelian sehingga mengelirukan pekerja sebelum mengusik mesin kira.

‘Scammer’ itu adalah individu yang sama cuba memukau pekerja di kedai kosmetik Euphora.hq dan sudah sampai ke Pasir Gudang, Johor.

Menerusi video itu, pemilik perniagaan Kedai Daddy sempat merakam muka individu terbabit selepas dia mencuba untuk menipu pekerja tersebut.

Menjengah di ruang komen, rata-rata netizen memberi reaksi positif kepada salah seorang pelanggan kerana peka dengan kawasan disekeliling.

“Bagus kakak yang memakai tudung warna merah jambu kerana cepat peka dan tolong sebelum dia mengelirukan pekerja itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@kedaidady Scammer ni dah sampai pasir gudang. Tak serik eh orang ni, nasib kedai dady kalini baik.. tapi tolong peniaga peniaga sekitar sini…please allert‼️‼️ Share video ni dekat kawan kawan korang supaya tak terkena. #scammer #pukau ♬ original sound – Kedai Dady

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI