fbpx

Lelaki hilang ketika maghrib ditemukan atas pohon beringin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk membantu menurunkan Arif dari atas pokok. - Istimewa

JAKARTA – Penduduk daerah Serang, wilayah Banten gempar dengan penemuan seorang lelaki di atas sebatang pohon beringin selepas dia dilaporkan hilang secara tiba-tiba pada waktu maghrib, lapor laman berita Detik semalam.

Lelaki dikenali sebagai Arif itu merupakan pekerja di sebuah pasar malam terdekat yang bertugas menjaga tempat permainan kanak-kanak.

Seorang penduduk dikenali sebagai Agus berkata, Arif tidak mengetahui bagaimana dia tiba-tiba boleh berada di atas pokok itu.

“Dia dalam keadaan sedar, cuma tidak dapat mengingati bagaimana boleh tiba-tiba berada di atas pokok,” kata Agus.

Agus bagaimanapun mengesahkan bahawa Arif hanya hilang beberapa jam, bukan selama tiga hari seperti yang dilaporkan di laman sosial.

“Dia hilang ketika waktu maghrib dan ditemukan di atas pokok pada pukul 8.20 malam (waktu tempatan),” katanya.

Arif ditemukan di atas pokok beringin, di celah-celah kayu dan daunnya yang rimbun sebelum penduduk membantu menurunkannya.

Seorang lagi penduduk, Biki berkata, mereka percaya Arif berada di bawah pengaruh alkohol ketika dia hilang.

“Katanya dia mabuk sebelum diculik wewe (makhluk halus mengikut kepercayaan masyarakat Indonesia),” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI