fbpx

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman akan berpindah ke lokasi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman bersetuju untuk memindahkan bangunan ibadat itu ke tapak baharu.

PETALING JAYA – Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman bersetuju untuk memindahkan bangunan ibadat itu ke tapak baharu.

Setiausaha jawatankuasa, Kaarthik Gunaseelan berkata, tapak baharu kuil itu masih berada di kawasan Jalan Masjid India dan sesuai dijadikan lokasi alternatif.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada menteri, wakil rakyat dan pihak berkuasa terlibat atas sokongan dalam merealisasikan penyelesaian ini.

“Pihak kami akan bertemu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memuktamadkan aspek teknikal dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan proses perbincangan mengenai perpindahan kuil itu yang terletak atas tanah Jakel Group berjalan secara harmoni antara pihak syarikat, pengurusan kuil dan DBKL.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd. Sharif dilaporkan berkata, pihaknya berperanan sebagai pemudah cara bagi memastikan urusan perpindahan itu diselesaikan secara baik.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, majlis peletakan batu asas bagi pembinaan Masjid Madani di Jalan Masjid India akan tetap diteruskan pada Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI