fbpx

Khairul Aming teruskan tradisi ‘belanja’ staf sempena raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terpancar kegembiraan pekerja-pekerja Khairul Aming ketika dibelanja barangan kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.

PETALING JAYA – Seorang usahawan serta pempengaruh terkenal, Khairul Aming menarik perhatian orang ramai apabila meneruskan tradisi meraikan hampir 100 pekerjanya sempena lebaran.

Khairul Aming menerusi sebuah video di TikTok berkongsi dia mengeluarkan belanja untuk stafnya dengan membeli baju raya, barang dapur selain memberi duit raya.

Dalam pada itu, beliau turut meraikan pekerjanya dengan berbuka puasa di hotel.

Usahawan itu juga menzahirkan perasaan syukur dan gembira kerana dapat meneruskan tradisi berkongsi rezeki dengan stafnya saban tahun.

“Ini adalah rutin wajib yang akan saya buat pada setiap tahun untuk menghargai pekerja-pekerja saya,” katanya menerusi video tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sifat yang ditunjukkan oleh usahawan tersebut.

“Satu-satunya bos Melayu yang tidak kedekut. Disebabkan oleh itu, rezekinya semakin murah,” komen seorang netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI