fbpx

Kesuma peruntuk RM200,000 beli kurma, zaitun dari Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Padang Terbuka Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA- Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi membeli pelbagai produk buatan Palestin sebelum diagihkan kepada warga kementerian itu sempena Ramadan kali ini.

Menterinya, Steven Sim berkata, ia membabitkan produk makanan seperti kurma dan zaitun yang diperoleh menerusi pengusaha di Palestin.

Beliau berkata, pihaknya membeli produk-produk hasil keluaran petani Palestin, sekali gus sebagai tanda sokongan kepada perjuangan rakyat negara itu.

“Ini mungkin usaha kecil dan kerdil pihak kementerian, namun ia boleh membantu petani-petani di negara bergolak itu.

“Tetapi ada netizen tanya, dekat mana ada lagi pokok kurma di Palestin kerana semua tempat sudah kena bom.

“Ramai yang salah faham, di Palestin ada lagi tempat seperti Tebing Barat dan produk yang kami beli itu diperolehi dari Nablus iaitu salah satu kawasan di bawah pentadbiran kerajaan Palestin,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KESUMA di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, walaupun rakyat Palestin bergelut dengan perang dan konflik lebih 70 tahun lalu namun, masih ada perusahaaan dan industri yang beroperasi selain kebun dan ladang.

“Pembelian produk Palestin adalah simbolik kepada penolakan dan kecaman kita kepada penindasan rejim Zionis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI