fbpx

Karnival Jualan Tengah Malam Malaysia bantu tingkatkan ekonomi rakyat Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rubiah Tul'Adwiyah ketika merasmikan karnival yang berlangsung di Berjaya Mall, Miri, Sarawak.

PETALING JAYA – Karnival Jualan Tengah Malam Malaysia yang berlangsung di Bintang Megamall, Miri, Sarawak bukan sahaja menarik pengunjung tempatan, malah turut dikunjungi rakyat Brunei.

Program yang berlangsung selama dua hari pada bermula Sabtu lalu itu telah dianjurkan oleh Jalakx Sdn. Bhd. dan disokong oleh Tourism Malaysia, Pullman Hotel & Resort, Ojas Electronic, Parkson, dan Bintang Megamall.

Pembeli yang berbelanja lebih daripada RM250 menyertai sesi pemilihan belon, di mana sejumlah RM60,000 telah diberikan dalam bentuk wang tunai, barangan elektronik, baucar membeli-belah, dan penginapan.

Pengarah Negeri Pelancongan Sarawak, Rubiah Tul’Adwiyah Md Yusof berkata, Karnival Jualan Tengah Malam Malaysia itu telah berjaya meningkatkan pelancongan dan perbelanjaan runcit di Sarawak.

“Kami berbesar hati untuk menyokong acara yang tidak hanya membawa kegembiraan kepada para pengunjung tetapi juga memberikan sumbangan yang signifikan kepada ekonomi tempatan.

“Karnival ini menyaksikan sambutan yang luar biasa terutamanya daripada pengunjung Brunei yang mengambil kesempatan daripada jualan untuk membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau yang turut mewakili Tourism Malaysia berkata, kedatangan ramai pengunjung itu menyebabkan kadar penginapan hotel di Miri meningkat.

Selain itu juga, ia turut memberi manfaat kepada perniagaan tempatan seperti vendor, bakat, perkhidmatan sewa kereta, gerai makanan dan minuman, pemandu e-hailing serta banyak lagi.

“Acara ini berjaya mencipta aliran pendapatan baru untuk komuniti perniagaan tempatan dan mengukuhkan kedudukan Miri sebagai destinasi membeli-belah utama.

“Penganjur acara, Jalakx Sdn. Bhd., mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua rakan kongsi dan penyokong atas sumbangan mereka terhadap kejayaan acara ini,”ujarnya.

Antara pembeli bertuah yang pembeli bertuah yang telah memenangi hadiah menerusi program cabutan bertuah pada karnival terbabit.

Terdahulu, karnival tersebut menawarkan pelbagai aktiviti dan acara menarik termasuklah hadiah bernilai lebih RM 20,000 dengan pembelian minimum RM 250 pada hari pertama karnival itu berlangsung.

Selain itu, ia turut menampilkan beberapa penyanyi terkenal seperti Ezra Kaito dan Zubir Khan.

Turut diadakan pertandingan putar dan menang; drop bonanza dan cabutan bertuah; pencarian harta karun di pusat bel-belah, pertandingan mewarna; persembahan budaya Sarawak, pertunjukan magik serta pemberian belon berbentuk patung.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI