fbpx

Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dijangka sesak Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang anggota polis pada Perhimpunan Sempena Peringatan Sambutan Hari Polis Ke-218, Peringkat IPD Gua Musang di Dewan Tanjung, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Laluan pintu masuk Kelantan di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini dijangka sesak ekoran pertambahan kenderaan sempena sambutan Aidilfitri bermula Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, laluan itu dijangka menjadi tumpuan perantau selepas dua laluan iaitu Jalan Gua Musang-Lojing dan Jalan Gua Musang-Tasik Kenyir ditutup ekoran lubang benam sehingga menyebabkannya terputus.

Katanya, jalan Gua Musang-Kuala Lipis menjadi satu-satunya pintu masuk dan pihaknya sudah bersiap sedia untuk menghadapi pertambahan kenderaan perantau yang melalui jalan berkenaan.

“Kita jangka Kelantan akan mula menerima perantau pada Khamis ini. Justeru, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sudah melakukan persiapan yang cukup dengan bantuan agensi luar.

“Kerjasama dilakukan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Majlis Daerah Gua Musang bagi memastikan kelancaran lalu lintas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perhimpunan Sempena Peringatan Sambutan Hari Polis Ke-218 peringkat IPD Gua Musang di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, perantau juga digalakkan menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuh Raya Timur Barat untuk masuk ke Kelantan bagi mengurangkan kesesakan.

Katanya, polis memerlukan kerjasama masyarakat supaya lebih bersabar dalam menghadapi kesesakan lalu lintas sepanjang dalam perjalanan ke kampung halaman masing-masing.

Dalam perkembangan sama, Choon Foo berkata, hanya 10 peratus anggota dibenarkan bercuti pada hari raya dalam usaha untuk melancarkan pergerakan lalu lintas dan menjaga keselamatan di daerah ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI