PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir ekoran jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga 6 petang hari ini.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda di Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang), Selangor (Hulu Langat), dan Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin).
“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Jasin, Melaka manakala di Johor kawasan yang terjejas termasuk Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai,” kata MetMalaysia dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE