fbpx

Hubungan erat polis, masyarakat perlu diperkukuh – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan sempena Hari Polis ke 218 yang dikongsi di laman Facebook Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu hubungan erat antara polis dan masyarakat perlu terus diperkukuhkan.

Ini kerana kata beliau, keselamatan negara bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan, tetapi tanggungjawab bersama setiap rakyat Malaysia.

“Saya berharap agar PDRM terus teguh, dan bersemangat dalam meneruskan khidmat bakti demi kedaulatan dan kesejahteraan tanah air tercinta.

“Setiap anggota PDRM menggalas tanggungjawab yang bukan sahaja dilihat sebagai suatu profesion, tetapi amanah besar yang menuntut keberanian, dedikasi, dan keikhlasan,”tulisnya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang pernah memangku tugas sebagai Menteri Dalam Negeri sebelum ini menegaskan bahawa institusi itu sentiasa dekat di hatinya dan telah membawa pelbagai kenangan serta pengalaman berharga.

“Setiap detik bersama mereka mengukuhkan rasa hormat dan penghargaan saya terhadap dedikasi serta pengorbanan yang dicurahkan demi keamanan negara.

“Sampaikan salam Ramadan saya kepada seluruh warga PDRM dan keluarga anda semua yaa. Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI