fbpx

Hector letak Malaysia mendahului Nepal 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HECTOR (jersi no 13) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan pada Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia Kumpulan F menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Pemain warisan, Hector Hevel mencipta sensasi apabila membuka jaringan pada aksi sulungnya bagi meletakkan Harimau Malaya di hadapan ketika berdepan Nepal.

Hevel membuka jaringan buat skuad kebangsaan pada minit ke-30 apabila rembatan dari luar kotak penalti terbias kaki pertahanan mengelirukan penjaga gol.

Terdahulu, skuad kendalian Peter Cklamovski itu mempunyai beberapa peluang untuk mencipta jaringan namun ketumpulan sentuhan penyudah oleh Endrick Dos Santos dan Arif Aiman Hanapi menyaksikan gawang The Gorkhalis gagal dibolosi.

Jaringan Hevel sebentar tadi memberi kelegaan buat skuad kebangsaan untuk beraksi dengan kurang tekanan dan tidak terlalu gopoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI