fbpx

GWM HAVAL H6 HEV jimat minyak, mampu bergerak 1,000km dengan satu tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GWM HAVAL H6 HEV dikuasakan oleh teknologi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) terkini.

UMUM mengetahui bahawa dalam pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun ini.

Sudah semestinya penyasaran subsidi tersebut akan membuatkan harga bahan api itu akan meningkat dalam pasaran.

Oleh yang demikian, pemilihan kenderaan yang jimat minyak adalah penting pada ketika ini bagi membolehkan pengguna tidak akan terkesan dengan peningkatan harga bahan api tersebut.

Untuk itu, GWM Malaysia sebagai syarikat automotif yang menghasilkan kenderaan elektrik hibrid (HEV) dengan menawarkan penjimatan bahan api yang efisien.

Syarikat itu memperkenalkan GWM HAVAL H6 HEV di pasaran yang dikuasai oleh teknologi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) terkini dengan gabungan kuasa petrol dan elektrik yang efisien untuk pemanduan lancar.

GWM HAVAL H6 HEV menawarkan penjimatan bahan api yang efisien.

Kenderaan ini mampu bergerak sehingga 1,000 kilometer (km) dengan satu tangki penuh minyak.

Malah, GWM HAVAL H6 HEV merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam segmen C yang mempunyai jarak roda terpanjang dan kecekapan bahan api untuk kereta ini serendah 5.8 liter untuk setiap 100km.

Baru-baru ini, GWM Malaysia telah mengadakan cabaran kecekapan bahan api untuk semua pemilik kenderaan ini dan rekod tertinggi yang dicatatkan sehingga kini ialah 1,242km dengan satu tangki.

Dalam pada itu, jika ingin dibandingkan kenderaan model HEV dengan kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV), HEV lebih sesuai dengan pasaran Malaysia memandangkan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) belum lagi menyeluruh.

Meskipun HEV hanya menggunakan petrol tetapi kenderaan ini masih menggunakan teknologi EV untuk memberikan tork yang lebih tinggi dan menghasilkan pecutan yang lebih baik.

Sejak pelancarannya, kenderaan ini telah memenangi beberapa anugerah seperti SUV Hibrid tahunan dan SUV Hibrid saiz sederhana terbaik oleh Anugerah Carsifu, serta SUV Nilai Terbaik oleh Anugerah Pilihan Editor Carlist.

SEJAK pelancarannya kenderaan ini telah memenangi beberapa anugerah.

Oleh itu, GWM HAVAL H6 HEV merupakan kenderaan yang wajar dipertimbangkan untuk dimiliki kerana menawarkan penggunaan bahan api yang efisien dan kuasa yang mengagumkan.

Dalam pada itu, GWM menawarkan promosi terkini kepada mereka yang ingin memiliki kenderaan tersebut.

Sehingga akhir bulan ini, dengan setiap pembelian GWM HAVAL H6 HEV, anda akan mendapat penyelenggaraan percuma selama 5 tahun dan perbatuan percuma 10,000km.

GWM menawarkan promosi terkini kepada mereka yang ingin memiliki kenderaan tersebut.

Sementara itu, anda juga dapat menikmati Waranti Enjin 10 tahun atau 1,000,000km, Waranti Sistem Hibrid selama 8 tahun atau 1,000,000km dan Waranti Penuh Kenderaan 7 tahun atau 200,000km.

Untuk maklumat lanjut mengenai GWM HAVAL H6 HEV anda boleh mengunjungi pengedar rasmi GWM yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI