fbpx

Ferrari tanggung malang di GP China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON dan Leclerc terpaksa menanggung malang selepas mata mereka pada aksi GP China dibatalkan selepas jentera melanggar peraturan ditetapkan. - AFP

SHANGHAI – Ferrari tampil memberikan penjelasan mengenai kesilapan teknikal yang menyebabkan dua pelumba mereka, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc dibatalkan penyertaan pada Grand Prix (GP) China, kelmarin.

Dalam perlumbaan di Litar Antarabangsa Shanghai, kedua-dua pemandu mereka kehilangan mata akibat pelanggaran peraturan teknikal selepas pemeriksaan pasca perlumbaan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Jentera Leclerc yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima, didapati kurang 1 kilogram (kg) daripada berat minimum yang ditetapkan, manakala Hamilton yang berada di tempat keenam, mengalami haus berlebihan pada komponen plank di bahagian bawah keretanya melebihi had yang dibenarkan.

“Selepas pemeriksaan FIA, kedua-dua jentera kami didapati tidak mematuhi peraturan atas sebab yang berbeza. Kereta 16 (Leclerc) berada di bawah berat minimum kerana strategi satu hentian pit yang menyebabkan kehausan tayar tinggi.

“Manakala skid wear (komponen untuk mengurangkan graviti) di bahagian bawah kereta 44 (Hamilton) telah melebihi had sebanyak 0.5mm kerana kesilapan dalam menganggarkan kadar kehausan.

“Kami akan belajar daripada kesilapan ini dan memastikan perkara sama tidak berulang di masa hadapan,” kata Ferrari.

Kesilapan itu sekali gus memberi kesan besar kepada kedudukan Ferrari dalam kejuaraan pengeluar apabila mereka kini jatuh ke tempat kelima, dipintas oleh Williams dan ketinggalan 61 mata di belakang McLaren yang mendahului carta.

Sementara itu, dalam kejuaraan pemandu, Hamilton kini berada di tangga kesembilan, manakala Leclerc di tempat ke-10 selepas kehilangan mata mereka di China. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI