PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat berada di Flat Desa Ria, di sini pada semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan daripada Balai Polis Sungai Way berhubung kehilangan K. Sivanesan, 64, pada pukul 7.03 malam.
“Ciri-ciri fizikal warga emas berkenaan berketinggian 150 sentimeter, berat 60 kilogram, berkulit gelap dan berambut putih,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali Cheng Jua Shin berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang dengan kali terakhir dikesan di Jalan SS9a/5, Sungai Way, semalam.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.
“Mereka juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Lim Ah Seng, di talian 016-2666636 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE